Apabila
seorang lelaki dan perempuan ingin memilih jodoh biasanya mereka akan
memilih untuk istikharah terlebih dahulu, sudah ada kesedaran dalam
kalangan umat Islam untuk menggunakan 'khidmat' Allah ini . Namun berapa
ramai yang solat isitkahrah yang berpuas hati dengan hasilnya?
Ramai
yang berjaya dalam perkahwinan dan mereka boleh hidup bahagia seperti
yang diharapkan . Walaupun sesekali bergaduh juga, namun dapat
diselesaikan dengan bijaksana. Tetapi ada juga yang bermasalah apabila
kemesraan hilang setelah berkahwin walaupun sudah lama bercinta sebelum
kahwin.
Rasulullah menganjurkan umat Islam melakukan solat istikharah dalam
semua urusan. Baginda mengajarkan doa istikharah tanda kesungguhan kita
kepada Allah dan kerdilnya diri kita sebagai seorang manusia. Seseorang
yang melakukan solat istikharah perlu menyebut secara jelas
permohonannya.
Lakukan istikharah dengan bersungguh-sungguh dan mohonlah kepada
Allah agar kita diberi jawapan dan petunjuk dalam pilihan yang ada.
Memohon kepada Allah perlu disertakan dengan penuh rasa ikhlas dan
tawaduk. InsyaAllah , Allah akan memberi jawapan dan petunjuk yang
pasti.
Tetapi, realiti yang berlaku adalah apabila solat itu hanya dilakukan sekali sahaja.
Kalaupun ada yang melakukanya selama tiga malam, doanya adalah sama.
Bukan itu sahaja, doa itu tidak dizahirkan secara jelas. Memang Allah
tahu apa yang terlintas dalam hati kita tetapi Allah ingin mendengar
permohonan hambaNya secara jelas dan berulan-ulang, kerana Allah mahukan
kesungguhan dan ketegasan permohonan hambaNya.
1)
Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau
terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah
pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.
2)
Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala
sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau
mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling
baik, walaupun tidak bermimpi.
3)
Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang
wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana
mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu
bermimpi pada malamnya.
4)
Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita
yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta
pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu
tunggu dia datang dalam mimpi.
5)
Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka
anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar